Archive for the ‘Asas-asas Islam’ Category

Sebuah analogi yang mudah. Jika anda mengatakan anda seorang loyal, apakah yang patut ada pada diri anda? Jika anda mengatakan anda seorang doctor, apakah kepakaran yang perlu anda amalkan? Jika anda mengatakan anda adalah seorang pendidik, apakah ilmu yang perlu anda fahamkan?

Sepertimana kepercayaan anda tentang pentingnya menuntut ilmu agar anda dapat menjadi somebody yang anda impikan, kerana anda yakin bahawa tanpa ilmu tersebut anda tidak layak untuk dipanggil seorang doctor atau peguam, maka sejauh itulah juga pentingnya jika anda ingin mengatakan bahawa anda adalah orang yang islam (tunduk dan patuh = pent). Kerana terjadinya anda dalam golongan orang muslim bukanlah kerana factor keturunan (seperti mana yang telah anda ketahui sebelum ini) bahkan adalah kerana ilmu yang anda miliki.

Seperti yang anda ketahui bahawa orang islam itu bukanlah menjadi islam kerana lahirnya dikalangan orang islam sepertimana seorang inggeris menjadi inggeris kerana dilahirkan di kalangan bangsa mereka dan melayu kerana lahir dikalangan orang melayu. Tapi islam itu tidak boleh tidak adalah apabila seseorang itu mempunyai ilmu dan tunduk kepada Sang Pencipta. Maka jika anda bertanyakan kepada seseorang, wajarkah seseorang itu digelar sebagai seorang doctor apabila dia tidak tahu akan selok belok penyakit ataupun bolehkan seseorang itu menjadi seorang jurutera apabila dia tidak tahu apa itu ukuran dan fizik. Tentu jawapan bagi persoalan itu adalah tidak. maka begitu jugalah dengan seorang muslim. Wajarkah seseorang itu mengaku dia seorang muslim sedangkan dia tidak tahu apakah yang diajar oleh Rasulullah?. Jangan berhenti berfikir…