Erm.. hari nie nk cakap pasal kulit. Hehe =P

Rasanya ntum semua tahu kan fakta-fakta nie. Ala, dah belajar dalam subjek sains form one dulu. Kan.. kan..?? article nie dipetik dari laman web http://hubpages.com/hub/Facts-About-Your-Skin.. Jom kita kaji, bertapa hebatnya ciptaan Allah yang ada pada diri kita nie.. well, sedar tak sedar, rupanya kulit kita nie sangat istimewa…

10 Little Fun Facts About Your Skin1. Your skin is made up of 3 main layers.
2. Your skin is considered the largest organ in the human body.
3. Your skin is made up of three major layers – epidermis, dermis, and hypodermis (also called the subcutaneous tissue).
4. Your skin protects your inside organs while keeping infections out and prevents you from getting sick.
5. Your skin loses about 30,000 to 40,000 dead skin cells from the surface almost every minute, even tho

ugh you do not see it happening.
6. Your skin sheds a layer of these dead cells every 24 hours and renews itself about every 28 days.
7. Your skin swells when it absorbs water.
8. Your skin contains a protein called keratin which is also found in hair and nails
9. Your skin is the thinnest on the eyelid.10. Goose bumps are actually little pimples that help retain a layer of warm air over our body.

Huhu.. our skin ada tiga layer, iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Kat layer2 nie ada bnyak receptor yang react to certain2 stimulus macam sakit, sejuk, panas, pressure dan banyak lagi. Kulit sangat sensitive terhadap stimulus2 nie. Sebabnya, kalu kulit xsensitive, kemungkinan akan membawa bahaya kepada seseorang tuu.. so, the first fact is kulit sangat sensitive kepada panas… hurm…

Another one, kulit adalah organ badan yang paling besar. Subhanallah… hampir keseluruhan badan kita diselaputi oleh kulit. Ini bermakna, kedudukan kulit sangat hampir dengan organ2 kita yang lain. Mata, telinga, hidung n even tangan pun sangat hampir dengan kulit.

Maha suci Allah yang sangat sempurna ciptaan-Nya. Tapi bile pikir2 balik, kenapa Allah buat kulit mcm tuuu? Tentu ada sebab kan?.. erm..

Jom tadabbur ayat2 nie..

Dan mereka berkata kepada kulit mereka, “mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” (kulit) mereka menjawab, “Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dia-lah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan.” [surah fussilat 41:21]

MasyaAllah… kenapa Allah menjadikan kulit sebagai saksi2 atas perbuatan kita kelak? Ternyata kulit amat mengetahui apa yang dikerjakan oleh kita kerana tidak ada yang tersembunyi pada pandangannya. Bukankah kulit sangat rapat dengan organ2 lain pada badan kita. Hurm, kalu nk lakukan perkara yang Allah xsuka, ingtlah yang Allah tahu dan kulit juga tahu dan bakal jadi saksi dihadapan Allah kelak.

Macam mana pulak dengan ayat yang mengatakan bahasa di neraka kelak, kulit ini akan dibakar oleh api neraka. Setelah hangus, digantikan pula dengan kulit yang baru. Erk.. macam yang kita tahu, kulit ni sangat sensitive kepada suhu yang panas dan kesakitan. Tak dapat bayang bagaimana seksanya apabila kulit dibakar di neraka. Na’udzubillahi min dzalik..

Zaman kita semakin jauh dari zaman Ar-Rasul. Tapi inshaAllah, agama ini masih kekal kejernihannya kerana Islam itu adalah satu2nya agama dalam peliharaan Allah. Dan Al-Quran yang ada pada zaman Ar-Rasul masih lagi terjaga kesuciannya sehingga sekarang. Umat islam perlukan peringatan sepertimana Ar-Rasul dan sahabat senantiasa memberi peringatan. Dengarlah kata2 muaz kepada sahabat yang lain, “ijlis bina nu’min sa’ah” duduklah bersama kita dan kita beriman sejenak…

Sekadar itu untuk kali ini. Semaga coretan ini mendapat manfaat bersama. Dan sebagai orang yang menulis, diri ini sangat memerlukan kepada peringatan…

Wallahu a’lam…

love…

Posted: April 17, 2011 in Pengalaman hidup, Uncategorized

salam’alaik kengkawan..

so, this is my simple description about love…

as what I believe it is..

you shall have a look and give your comment or something..

click on the picture to enlarge.. thanks..

p/s: special thanks to Him and “…” who gave me understanding about love….

Aku mulakan bicara dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih…

Untuk sahabat yang aku cintai, semoga menjadi pembakar semangat takkala futur hampir menghalangimu…

Teringat kisah yang dikongsi oleh Farid ketika KULTUM dirumahnya (aku rindukan saat itu). Ceritanya berkisar tentang seorang yang berkerja sebagai seorang pemecah batu bukit di sebuah hutan. Hidupnya hari-hari membanting tulang untuk memecahkan batu-batu dan dijualnya di pekan. Kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang. (ehm… asif farid kalu ada tokok tambah). rutin hariannya membuatkan dia menjadi bosan. Dia mula berputus asa dengan rahmat Allah dan merasakan rutin hariannya satu pembaziran dan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Dia merasakan dirinya begitu kerdil.

Pada suatu hari, perasaan bosan itu semakin membuak-buak. Dia meletakkan kapak di sisi dan melentang di atas sebuah batu yang besar. Cuaca pada hari itu sangat terik sekali. Cahaya matahari yang berwarna jingga itu hampir sahaja membakar kulitnya yang berwarna sawo matang. Kepalanya terasa panas sekali dek terbakar oleh sinaran mentari. Dia mendongak ke langit dan berfikir. “huh, alangkah hebatnya mentari ini. Hampir sahaja terbakar kulitku dibuatnya.” katanya di dalam hati. Dan dia terus bermonolog “Walaupun kedudukannya jauh dari bumi, masih lagi terasa bahan bakarnya. bisa sahaja bumi ini terbakar jika berada dekat dengannya.” Dia begitu takjub.

Namun, datang pula angin kuat yang membawa awan di langit lalu menutupi matahari tersebut. Kilauan jingga itu semakin lama semakin pudar. Akhirnya tempat itu menjadi suram dan mendung setelah keseluruhan mentari itu tertutup dek tebalnya awan. hatinya gundah dan mula tersenyum sinih. “apa hebatnya matahari jika cahayanya bisa sahaja terlindung dek awan?” hatinya terusan bermonolog. “Nah, lagi hebat jika menjadi awan. Wahai awan, hebatnya engkau kerana dapat melindung cahaya matahari itu.”

Takkala itu, datang lagi angin kencang membawa awan itu menghampiri puncak bukit. Tibanya dipuncak, bukit itu membelah awan itu menjadi dua. Si pemecah batu itu tercengang lagi. masakan awan yang mampu menahan cahaya mentari itu rapuh dan terbelah setelah melanggari puncak bukit. hilang takjubnya terhadap awan tersebut dan melihat bukit itu lebih kuat dan teguh. “Wah, hebatnya bukit daripada awan.”

Tiba-tiba hatinya terdetik. “Apakah bukit itu begitu hebat?” dia mula terfikir tentang perkerjaannya. “Aku lebih hebat daripada bukit kerana sehebat-hebat bukit ini, akulah yang memecahkan batu-batunya. mungkin sahaja kapakku ini dapat memecahkan semua batu-batu di bukit ini dan nah, tidak ada lagi bukit yang bisa menandingi kapakku.” Dia merasa begitu semangat dan cepat-cepat menggapai kapaknya. Dialah yang lebih hebat daripada bukit itu dan perkerjaannya bukanlah calang-calang perkerjaan.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana kita adalah makhluk yang paling mulia jika kita bertakwa. Allah bersumpah dengan pepohon Tin dan Zaitun. Allah bersumpah dengan Bukit Tursina dan Bumi Palestin. Sesungguhnya Dia telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Namun Dia juga yang melemparkan manusia itu ke tempat yang paling keji. Kecuali mereka-mereka yang beriman dan sentiasa beramal salih. baginya ganjaran yang tidak mereka sangkakan. Terjemahan daripada surah At-Tin…

Wahai sahabat, jangan sekali-kali berputus asa daripada rahmat Allah. Kenangkanlah kembali kisah nabi Allah Yakub dan anak-anak baginda. tika Allah menceritakan didalam Al-Quran yang bermaksud “Wahai anak-anakku!Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.” (12:87)

Semoga Allah meneguhkan telapak kakimu dan memperteguhkan imanmu… Amin

Mr. Curiosity

Posted: February 15, 2011 in Fikir-fikirkan, Ilmiah, Perkongsian

Bismillahi ibtidaa-i…

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيعَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَهُمْ قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Maksud hadis: Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Illahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

 

Ketika Sir Azmir menimbulkan persoalan tentang Palestin sebentar tadi, aku bagaikan terpinga-pinga. Apakah tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran ini untuk berfikir tentang kenapa saudara kita di Palestin bagaikan tidak ada jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Tentu sahaja setiap permasalahan itu ada jalan keluarnya. Maka ketika itu juga terlintas hadis di atas menjelaskan kedudukan BUMI JIHAD Palestina. Saudara kita di Palestin akan sentiasa dan tetap berjuang untuk mempertahankan Islam di sana sehingga datangnya “KEPUTUSAN” Allah dan perperangan terakhir antara orang Islam dan yahudi, antara Al-Masih dan Dajjal. Itulah tanda-tanda kecil kiamat. Tapi aku yakin, bukan jawapan ini yang kalian mahukan.

 

THE CALIPHS

Merenung kembali saat-saat kegemilangan Islam di Madinah, Mekah, Andalusia, Cardova, Baghdad dan Constantinople di Turkey, aku bagaikan menjumpai satu jawapan yang memuaskan hati ini dan harapnya dapat memuaskan hati kalian – walaupun aku yakin bahawa kalian punya jawapan sendiri terhadap permasalahan ini. Melewati saat-saat pertama Palestin dibuka oleh Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab dan pembukaan kali ke-duanya oleh Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimana keadaan ummah ketika itu. Mereka penuh dengan semangat Jihad dan ketakwaan.

Dan aku percaya jawapan kepada persoalan tadi adalah kita telah kehilangan KHALIFAH. Tengiang-ngiang kata-kata Sultan Abdul Hamid II apabila Yahudi menawarkan untuk membeli Palestine daripada umat islam, maka kata beliau “Aku tidak akan memberikan seinci pun daripada tanah Palestine ini kepada kalian kerana Palestine ini bukanlah milikku untuk aku berikan, tapi ianya adalah milik umat islam. Dan umat islam telah bertaruhkan banyak nyawa untuk tanah ini. Tetapi, jika aku telah pergi, kamu boleh mengambil tanah ini dengan percuma”. Ternyata, setelah kerajaan Islam Turki Othmaniyyah di bawah pemerintahan beliau digulingkan oleh Kemal Antarturk, Yahudi mula menguasai Palestine.

Mari sama-sama kita merenung sejenak dan berfikir keluar daripada kotak. Bagaimana keadaannya jika sistem khilafah masih wujud sehingga sekarang? Jika seorang wanita muslim dipermainkan oleh orang bukan islam di pasar, Khalifah dengan segera menghantar se-batalion tentera untuk menangkap orang tersebut yang membuat onar kepada wanita muslim. Orang kafir gerun terhadap islam dan bernaung di bawahnya. Ketika sistem khalifah masih wujud, perempuan-perempuan islam bebas mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, tanpa rasa takut dan gentar kerana mereka akan tetap terjaga sepanjang masa. Tapia pa yang berlaku sekarang ini? Keadaan bagaikan tidak selamat untuk perempuan-perempuan ini berjalan walhal hendak ke Pasar sekalipun.

 

ISLAM IS GLORY SHOULD BE GLORIOUS

Masyarakat Arab JAHILIYYAH pada suatu masa dahulu merupakan satu bangsa yang hina di tengah-tengah dua tamadun yang besar iaitu Rom dan Parsi. Kedua-dua tamadun ini sedikit pun tidak berhajat untuk menakluki semenanjung Arab ini kerana sifat mereka yang keji. Dengan masalah sosial yang sangat teruk. Tapi, setelah datangnya Islam di bumi Mekah, bangsa Arab menjadi begitu mulia dan berjaya meruntuhkan dua buah tamadun besar yang mengelilingi mereka. Telah terbukti dalam lipatan sejarah bahawa kita mulia dengan Islam. Tapi kenapa sekarang islam bagaikan hilang taringnya. Maaf, bukan islam yang hilang taringnya dan kemuliaannya, tapi umat yang menganutinya itu yang telah kehilangan nilai yang di bawa oleh islam. Lihat sahaja di Malaysia, jumlah pelumba haram, anak luar nikah, pemuda di pusat serenti dan yang melibatkan gejala-gejala sosial yang lainnya dijuarai oleh siapa? Bukankah bangsa melayu yang beragama Islam? Kita yakin dan percaya bahawa islam itu “ya’lu wa la yu’la ‘alaihi” tapi dimanakah kehebatan islam itu? Apakah keyakinan kita itu silap? Mungkinkah islam itu mulia hanya ketika disamping Ar-Rasul? Satu lagi persoalan yang perlu dirungkai.

Meneliti karya-karya Syed Qutb, Al-Maududi, Pakcik Hassan Al-Banna dan ramai lagi pejuang-pejuang islam, jawapan terhadap situasi kita sekarang ini adalah kerana kita jauh dari islam yang sebenar. Rentetan sejarah menceritakan ketika King Luis IV, Raja Perancis yang telah dilepaskan oleh tentera islam dengan pertukaran emas seberat tubuh badannya, dia berkata bahawa umat islam ini tidak boleh dikalahkan dengan senjata tetapi harus dengan menjauhkan mereka daripada islam. Maka telah berlaku serangan pemikiran di seluruh dunia hatta di Acheh dan Malaysia. Minda kita telah diracuni dengan pelbagai isme-isme dan sistem-sistem jahiliyah sehinggakan mata-mata kita kabur untuk membezakan Haq dan batil.

 

WE ARE NOT UNITE

Satu lagi persoalan adalah kita tidak bersatu. Tidak pula ingin ambil tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan saudara kita. Kita sibuk dan selesa dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Kita malas dan tak suka untuk menasihati dan dinasihati. “Kubur masing-masing lah katakan. Apa yang aku buat aku yang tanggung” tidak cukupkah dengan pesanan-pesanan Allah di dalam Al-Quran bahawa kita adalah satu bangsa yang beriman, menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran? Allah bersumpah dengan masa bahawa manusia akan sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beramal soleh dan tidak cukup dengan itu harus berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

 

WORRY ABOUT YOURSELF

Palestin adalah bumi jihad. Saudara-saudara kita yang terkorban di Palestin adalah syuhada’. maka bergembiralah untuk mereka. Jika ditanya kepada anak-anak lelaki Palestin tentang cita-cita mereka, tentu sahaja mereka akan mengatakan cita-cita mereka adalah Syahid. perjuangan mengajar mereka erti hidup. Tapi kasihinilah diri kita kerana belum tentu kita akan dijemput oleh Allah menghadapnya sebagai seorang SYUHADA’.

Teringat kata-kata seorang akh dari palestin. kata-kata yang membakar semangat dan juga kecaman. “Biarlah kami di sini mempertahankan tanah air kami dan syahid di jalan Allah. Kami tidak buntukan kalian untuk sertai kami berjihad menentang musuh-musuh kami di sini. Tapi jika kalian tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami, maka kami akan tuntut di akhirat kelak.” buatlah sesuatu untuk membantu mereka. Doa kalian, dan infaq kalian.

 

BACK TO THE FITRAH

Kembali kepada fitrah kenapa kita dijadikan oleh Allah. Ingat kembali tujuan kita diturunkan di muka bumi ini untuk menjadi KHALIFAH (2:30) dan HAMBA (50:56).

********************************************************

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diriku…

Jika ada yang tersilap, mohon diperbetulkan… Jazakumullahu Khair

“unzur ila ma qila wa la tanzur ila man qala”

Penulis yang Berdosa,

11 Rabi’u Awal 1432 @ 14 Februari 2011

Nilai, Negeri Sembilan

Astaghfirullah al-‘Azim… Astaghfirullah al-‘Azim… Astaghfirullah al-‘Azim…

ana merasa malu melihat sahabat-sahabat ana tekun mencari kebenaran dan semakin berubah kepada kebaikan sedangkan ana sendiri merasakan diri yang kerdil ini semakin menghampiri kemungkaran dan amal yang semakin berkurangan. Semoga Allah masih lagi mahu memberikan hati ini hidayah dan kasih-sayangNya. ana buntu doa kalian..

jika selalunya ana mulakan setiap penulisan dengan nama Allah yang mulia dan ungkapan syukur kepadaNya, tapi kali ini ana mulakan dengan istighfar. syukur kerana Allah masih lagi memberikan kita perluang untuk bertaubat yang mana tidak Allah berikan kepada Firaun, Namrud, Abu Jahal dan mereka-mereka yang mati dalam kekafiran. Semoga taubat ini lahir dari keikhlasan seorang hamba yang mengharapkan pengampunan dari Tuannya.

untuk penulisan ana buat kali ini, suka untuk ana berkongsikan tentang satu permasalahan yang harus kita lihat kembali. harus kita selidiki dan harus kita teliti. Zaman berganti zaman, serangan pemikiran sentiasa meracuni jiwa-jiwa kita bagaikan peluru-peluru menembusi dada-dada. tanpa kita sedari jahiliyah itu telah berakar umbi di dalam hati kita.

apakah kefahaman kita tentang jahiliyah ini? apakah pengertian sebenar seperti yang kita pelajari dari kitab-kitab sejarah? buku teks menceritakan kepada kita tentang kejahilan ini sebagai satu tempoh masa atau zaman kegelapan dalam tamadun arab. tapi apakah jahiliyah itu punya jangka waktu? ana yakin bahawa setiap dari kita pernah mendengar ungkapan jahiliyah modern bukan? tapi apakah kefahaman kita tentang frasa itu? JAHILIYAH MODEM…

JAHILIYAH MODEM… umpama fatrah atau tempoh masa baharu bagi kehidupan jahiliyah alaf milenium.. Jahiliyah diertikan dengan kehidupan masyarakat yang tidak bermoral. keruntuhan akhlak remaja, jenayah yang berleluasa dan ketidak seimbangan kehidupan bermasyarakat. itulah jahiliyah yang digambarkan kepada kita. Ya, mungkin itu adalah sebahagian daripada jahiliyah itu. perkataan “JAHILIYAH” yang digunakan oleh Allah kepada masyarakat Arab pada satu masa dahulu adalah ungkapan yang sangat menghinakan. maka sudah tentu, perkara ini adalah satu perkara yang besar.

Jahiliyah bukanlah satu tempoh masa atau sebuah zaman kegelapan. pernah diriwayatkan apabila Abu Dzar menggelarkan Bilal sebagai anak seorang hamba perempuan hitam, Rasulullah lantas menegur bahawa masih ada saki baki jahiliyah dalam diri Abu Dzar. dan nyata bahawa jahiliyah itu bukanlah satu tempoh masa tapi adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN @ CARA HIDUP… ana yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat semua tahu dan memahami ungkapan ini. islam pada bahasa adalah tunduk dan patuh. patuhnya seorang manusia sebagai hamba. dan itulah yang sebenarnya dikatakan ibadah… yakni memperlakukan diri sebagai hamba, taat dan patuh sesuai dengan aturan yang ditetapkan olehNya. setiap saat dan ketika, islam akan mengawal setiap perbuatan, pemikiran, dan perkataan kita. ibarat sebuah sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan Jahiliyah juga adalah satu bentuk cara hidup yang bertentangan dengan islam.

Jahiliyah yang bersistem… Apabila islam tidak lagi dijadikan panduan, maka jahiliyah akan mengambil alih tempat islam itu sebagai sebuah cara hidup. sistem pendidikan, perbankan, politik, dan pelbagai sistem lain yang tidak berpaksikan kepada islam. ana ingin menasihatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya berfikir sejenak dan mencari erti islam yang sebenar. Lantaran serangan pemikiran yang sangat dahsyat ini, ana bimbang diri ana dan sahabat semua terjerat dengan sistem-sistem jahiliyah ini. Ana tidak meminta sahabat menjadi seorang ulama yang mendalami kitab-kitab fikah dan usuluddin. sekadar luangkanlah masa kalian walau satu jam dari 24jam yang diberikan kepada kalian untuk memahami ad-deen…

maaf jika penulisan kali ini berjela-jela atau sukar untuk difahami.. perbetulkan ana jika ada kesilapan..

semua yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri ana.. “unzur ila ma qila wa la tanzur ila man qala” lihatlah pada apa yang diperkatakan dan jangan melihat kepada siapa yang memperkatakan. ana bukanlah orang yang selayaknya tapi jika ada perkara yang baik, ambillah sebagai bekalan dan yang buruk itu diperbetulkan.. wallahu a’lam…

Pada suatu pagi yang hening itu, aku keluar berjalan-jalan di taman sambil ditemani dengan kicauan burung-burung yang sungguh merdu. Cuaca pagi itu kelihatan sungguh indah dan mendamaikan. Sang mentari belum lagi kelihatan benar-benar memancarkan cahayanya – masih lagi pudar disebalik awan yang tebal. Jalan raya tidaklah begitu sibuk dengan kereta dan motor meskipun hari itu adalah hujung minggu. Hanya kelihatan beberapa orang pejalin kaki yang melalui kaki lima di tepi taman itu. Nun di sana aku melihat seorang nenek tua berjalan sambil berpimpingan tangan dengan seorang kanak-kanak kecil – mungkin itu cucunya.

Aku terus berjalan hingga ke simpang tiga yang berada benar-benar dihadapanku. Seketika aku tersentak. Kelihatan bergerombolan manusia berpusu-pusu berlari melintasi jalan disebelah kiri ku. Kelihatan wajah gembira di muka mereka. Aku menjadi hairan dan tercengan seketika. Terbit tanda tanya. Apakah yang berlaku tika itu? Huhu, baru aku perasan bahawa sebuah pasaraya sedang mengadakan jualan murah secara besar-besaran. Aku segera mendapatkan handphone ku dan memetik beberapa numbor. 0-1-3-9-8-1-8-7-5-7… tut..tut.. (jangan salin no nie ye).. ini satu berita gembira yang perlu aku kongsi bersama kawan-kawan. Rugi jika mereka tidak dapat menyertai jualan murah ini bersama ku. Well, berita gembira perlu dikongsikan? TAMAT

Maaf, kalu cerita kat atas xbest. Ana xpandai sngt buat cerpen nie… tapi mgkin situasi diatas pernah dilalui oleh kita semuakan? Xkira laa jualan murah atau pesta computer, terdetik dalam hati untuk berkongsi dengan kawan-kawan.. well, kita tak mahu sendirian kan? Mungkin kita lupa bahawa ada lagi berita gembira lain yang sepatutnya dikongsi dengan kawan-kawan kita yang lain. Jom tengok terjemahan surah Yaasin, ayat 55 mafhumnya:

“sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka)” (terjemahan tafsir pustaka darul iman)… ada juga tafsir yang mengatakan “sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu sibuk dengan kesenangan”

Baca lagi tafsir ayat-ayat selepas itu… Allahu Akhbar, bertapa besarnya nikmat syurga. Lagi nikmat daripada jualan murah dan konsert AF… Allahu Akhbar…  tapi, untuk mendapatkan syurga ini mukanlah mudah. Bukan seperti AJL yang tiketnya boleh dibeli dikaunter-kaunter… tiket syurga itu bukanlah terjual dimana-mana tapi bergantung kepada amalan-amalan kita. Maka berita gembira apakah yang lebih layak dikongsi dengan teman-teman? Firman Allah, mafhumnya “dan siapakah yang lebih baik berkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah?”

Wallahu a’lam…

 

terima kasih..

Posted: July 29, 2010 in Fikir-fikirkan

بسم الله ثمّ الحمد لله

Maha suci Allah yang jiwa-jiwa ini berada dalam genggamannya. Dia berbuat dengan apa yang dikehendakinya sedangkan kita sebagai hamba tidak mempunya kuasa sedikit pun melainkan dengan kudrat yang telah diberikan olehnya. “لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم” Maha suci Allah yang telah mengilhamkan kepada hambanya kebatilan dan ketakwaan. Maka beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah barangsiapa yang mengotori hatinya. Ketahuilah sesungguhnya dalam diri manusia ada segumpal darah, jika baik maka baiklah jasad seluruhny dan jika buruk maka buruklah jasad seluruhnya dan ketahuilah bahawa itulah HATI.

Alhadulillah kerana Allah masih lagi memberikan hati ini ilham untuk berkongsi walaupun sedikit dengan sahabat sekalian setelah lama blog ini terkubur tanpa berita dan posting yang baru. Alhamdulllah juga kerana hari ini masih lagi tercipta buat kita.. Allahu akhbar3x!!..

Read the rest of this entry »