Archive for the ‘Umum’ Category

Erm.. hari nie nk cakap pasal kulit. Hehe =P

Rasanya ntum semua tahu kan fakta-fakta nie. Ala, dah belajar dalam subjek sains form one dulu. Kan.. kan..?? article nie dipetik dari laman web http://hubpages.com/hub/Facts-About-Your-Skin.. Jom kita kaji, bertapa hebatnya ciptaan Allah yang ada pada diri kita nie.. well, sedar tak sedar, rupanya kulit kita nie sangat istimewa…

10 Little Fun Facts About Your Skin1. Your skin is made up of 3 main layers.
2. Your skin is considered the largest organ in the human body.
3. Your skin is made up of three major layers – epidermis, dermis, and hypodermis (also called the subcutaneous tissue).
4. Your skin protects your inside organs while keeping infections out and prevents you from getting sick.
5. Your skin loses about 30,000 to 40,000 dead skin cells from the surface almost every minute, even tho

ugh you do not see it happening.
6. Your skin sheds a layer of these dead cells every 24 hours and renews itself about every 28 days.
7. Your skin swells when it absorbs water.
8. Your skin contains a protein called keratin which is also found in hair and nails
9. Your skin is the thinnest on the eyelid.10. Goose bumps are actually little pimples that help retain a layer of warm air over our body.

Huhu.. our skin ada tiga layer, iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Kat layer2 nie ada bnyak receptor yang react to certain2 stimulus macam sakit, sejuk, panas, pressure dan banyak lagi. Kulit sangat sensitive terhadap stimulus2 nie. Sebabnya, kalu kulit xsensitive, kemungkinan akan membawa bahaya kepada seseorang tuu.. so, the first fact is kulit sangat sensitive kepada panas… hurm…

Another one, kulit adalah organ badan yang paling besar. Subhanallah… hampir keseluruhan badan kita diselaputi oleh kulit. Ini bermakna, kedudukan kulit sangat hampir dengan organ2 kita yang lain. Mata, telinga, hidung n even tangan pun sangat hampir dengan kulit.

Maha suci Allah yang sangat sempurna ciptaan-Nya. Tapi bile pikir2 balik, kenapa Allah buat kulit mcm tuuu? Tentu ada sebab kan?.. erm..

Jom tadabbur ayat2 nie..

Dan mereka berkata kepada kulit mereka, “mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” (kulit) mereka menjawab, “Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dia-lah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan.” [surah fussilat 41:21]

MasyaAllah… kenapa Allah menjadikan kulit sebagai saksi2 atas perbuatan kita kelak? Ternyata kulit amat mengetahui apa yang dikerjakan oleh kita kerana tidak ada yang tersembunyi pada pandangannya. Bukankah kulit sangat rapat dengan organ2 lain pada badan kita. Hurm, kalu nk lakukan perkara yang Allah xsuka, ingtlah yang Allah tahu dan kulit juga tahu dan bakal jadi saksi dihadapan Allah kelak.

Macam mana pulak dengan ayat yang mengatakan bahasa di neraka kelak, kulit ini akan dibakar oleh api neraka. Setelah hangus, digantikan pula dengan kulit yang baru. Erk.. macam yang kita tahu, kulit ni sangat sensitive kepada suhu yang panas dan kesakitan. Tak dapat bayang bagaimana seksanya apabila kulit dibakar di neraka. Na’udzubillahi min dzalik..

Zaman kita semakin jauh dari zaman Ar-Rasul. Tapi inshaAllah, agama ini masih kekal kejernihannya kerana Islam itu adalah satu2nya agama dalam peliharaan Allah. Dan Al-Quran yang ada pada zaman Ar-Rasul masih lagi terjaga kesuciannya sehingga sekarang. Umat islam perlukan peringatan sepertimana Ar-Rasul dan sahabat senantiasa memberi peringatan. Dengarlah kata2 muaz kepada sahabat yang lain, “ijlis bina nu’min sa’ah” duduklah bersama kita dan kita beriman sejenak…

Sekadar itu untuk kali ini. Semaga coretan ini mendapat manfaat bersama. Dan sebagai orang yang menulis, diri ini sangat memerlukan kepada peringatan…

Wallahu a’lam…

Astaghfirullah al-‘Azim… Astaghfirullah al-‘Azim… Astaghfirullah al-‘Azim…

ana merasa malu melihat sahabat-sahabat ana tekun mencari kebenaran dan semakin berubah kepada kebaikan sedangkan ana sendiri merasakan diri yang kerdil ini semakin menghampiri kemungkaran dan amal yang semakin berkurangan. Semoga Allah masih lagi mahu memberikan hati ini hidayah dan kasih-sayangNya. ana buntu doa kalian..

jika selalunya ana mulakan setiap penulisan dengan nama Allah yang mulia dan ungkapan syukur kepadaNya, tapi kali ini ana mulakan dengan istighfar. syukur kerana Allah masih lagi memberikan kita perluang untuk bertaubat yang mana tidak Allah berikan kepada Firaun, Namrud, Abu Jahal dan mereka-mereka yang mati dalam kekafiran. Semoga taubat ini lahir dari keikhlasan seorang hamba yang mengharapkan pengampunan dari Tuannya.

untuk penulisan ana buat kali ini, suka untuk ana berkongsikan tentang satu permasalahan yang harus kita lihat kembali. harus kita selidiki dan harus kita teliti. Zaman berganti zaman, serangan pemikiran sentiasa meracuni jiwa-jiwa kita bagaikan peluru-peluru menembusi dada-dada. tanpa kita sedari jahiliyah itu telah berakar umbi di dalam hati kita.

apakah kefahaman kita tentang jahiliyah ini? apakah pengertian sebenar seperti yang kita pelajari dari kitab-kitab sejarah? buku teks menceritakan kepada kita tentang kejahilan ini sebagai satu tempoh masa atau zaman kegelapan dalam tamadun arab. tapi apakah jahiliyah itu punya jangka waktu? ana yakin bahawa setiap dari kita pernah mendengar ungkapan jahiliyah modern bukan? tapi apakah kefahaman kita tentang frasa itu? JAHILIYAH MODEM…

JAHILIYAH MODEM… umpama fatrah atau tempoh masa baharu bagi kehidupan jahiliyah alaf milenium.. Jahiliyah diertikan dengan kehidupan masyarakat yang tidak bermoral. keruntuhan akhlak remaja, jenayah yang berleluasa dan ketidak seimbangan kehidupan bermasyarakat. itulah jahiliyah yang digambarkan kepada kita. Ya, mungkin itu adalah sebahagian daripada jahiliyah itu. perkataan “JAHILIYAH” yang digunakan oleh Allah kepada masyarakat Arab pada satu masa dahulu adalah ungkapan yang sangat menghinakan. maka sudah tentu, perkara ini adalah satu perkara yang besar.

Jahiliyah bukanlah satu tempoh masa atau sebuah zaman kegelapan. pernah diriwayatkan apabila Abu Dzar menggelarkan Bilal sebagai anak seorang hamba perempuan hitam, Rasulullah lantas menegur bahawa masih ada saki baki jahiliyah dalam diri Abu Dzar. dan nyata bahawa jahiliyah itu bukanlah satu tempoh masa tapi adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN @ CARA HIDUP… ana yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat semua tahu dan memahami ungkapan ini. islam pada bahasa adalah tunduk dan patuh. patuhnya seorang manusia sebagai hamba. dan itulah yang sebenarnya dikatakan ibadah… yakni memperlakukan diri sebagai hamba, taat dan patuh sesuai dengan aturan yang ditetapkan olehNya. setiap saat dan ketika, islam akan mengawal setiap perbuatan, pemikiran, dan perkataan kita. ibarat sebuah sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan Jahiliyah juga adalah satu bentuk cara hidup yang bertentangan dengan islam.

Jahiliyah yang bersistem… Apabila islam tidak lagi dijadikan panduan, maka jahiliyah akan mengambil alih tempat islam itu sebagai sebuah cara hidup. sistem pendidikan, perbankan, politik, dan pelbagai sistem lain yang tidak berpaksikan kepada islam. ana ingin menasihatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya berfikir sejenak dan mencari erti islam yang sebenar. Lantaran serangan pemikiran yang sangat dahsyat ini, ana bimbang diri ana dan sahabat semua terjerat dengan sistem-sistem jahiliyah ini. Ana tidak meminta sahabat menjadi seorang ulama yang mendalami kitab-kitab fikah dan usuluddin. sekadar luangkanlah masa kalian walau satu jam dari 24jam yang diberikan kepada kalian untuk memahami ad-deen…

maaf jika penulisan kali ini berjela-jela atau sukar untuk difahami.. perbetulkan ana jika ada kesilapan..

semua yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri ana.. “unzur ila ma qila wa la tanzur ila man qala” lihatlah pada apa yang diperkatakan dan jangan melihat kepada siapa yang memperkatakan. ana bukanlah orang yang selayaknya tapi jika ada perkara yang baik, ambillah sebagai bekalan dan yang buruk itu diperbetulkan.. wallahu a’lam…